Isnin, 1 Disember 2008

Taman Herba Botani 2009

"Assalamualikum Penyambut Kata
Salam Ukhwah Pembuka Bicara"


Program Taman Herba Botani


oleh
Lujnah Hal Ehwal Surau
(HES)

7 Feb 2009, Lujnah Hal Ehwal Surau (HES) telah membuka lembaran baru dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti untuk Program memakmurkan Surau Al-Hidayah di Institut Perguruan Malaysia, Kampus Ipoh. Aktiviti yang dimaksudkan ialah Program Taman Herba Botani. Untuk pengetahuan muslimin dan muslimat, program ini telah menjalani perancangan yang teratur dan telah mendapat kelulusan Majlis Tertinggi Biro Kerohanian JPP yang mana kertas projek untuk program ini telah dibawa ke pentadbiran IPG Kampus Ipoh.



Program ini telah mendapat peruntukkan dari segi fasiliti dan kemudahan yang amat diperlukan bagi menjayakan program ini. Kemudahan seperti cangkul, penyodok dan lain-lain lagi telah dibekalkan oleh pihak pentadbiran IPG Kampus Ipoh melalui permohonan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi. Untuk program ini anak-anak pokok herba seperti serai, lengkuas dan kunyit ini adalah diperolehi daripada sumbangan ahli AJK HES sendiri iaitu daripada sahabat kita, Saudari Haslina Binti Mansyurdin.



Tapak Taman Herba Botani ini telah dipilih semasa mesyuarat mingguan Lujnah HES iaitu pada 8 Februari 2009 bertempat di Surau Al-Hidayah yang turut dihadiri oleh Ustaz Zakaria, Penasihat Biro Kerohanian JPP. Hasil permuafakatan dalam mesyuarah tersebut, semua ahli Lujnah HES telah bersetuju untuk menjadikan tapak kawasan lapang di sebelah kiri Surau Al-Hidayah yang berdekatan dengan Kolej Kediaman Muslimin sebagai tapak permulaan untuk Program Taman Herba Botani 2009 ini.



Untuk makluman semua, program ini telah menjalani beberapa fasa. Fasa pertama adalah fasa pembersihatan tapak dan penyediaan batas-batas untuk tanaman herba tersebut. Fasa ini telah dilaksanakan pada 7 Februari 2009, selepas solat Asar. Seramai 5 orang ahli Lujnah HES lelaki iaitu sahabat-sahabat kita Saudara Idham, Saudara Anwar, Saudara Rahim, Saudara Hakim dan Saudara Hafizudin telah bekerjasama dalam ikatan ukhwah yang mantap dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.



Kerja-kerja pembersihan tapak semaian telah mengambil masa 2 jam. Segala keringat yang dikeluarkan akhirnya terbalas apabila batas-batas tapak semaian telah dapat disiapkan. Kesemuanya memanjatkan kesyukuran kerana dapat melunaskan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.



Pada tanggal 9 Februari 2009, fasa kedua untuk Program Taman Herba Botani 2009 telah dilaksanakan dengan jayanya. Untuk fasa ini tugas yang perlu dilaksanakan adalah penanaman anak-anak pokok herba seperti kunyit, serai dan lengkuas di tapak semaian. Pada hari tersebut seramai 6 orang ahli Lujnah HES telah bersatu hati dan bekerjasama dalam melunaskan tanggungjawab yang diberikan. Antara ahli Lujnah HES yang telah dapat menghadirkan diri ialah Saudari Haslina dan adiknya, Saudara Idham, Saudara Rahim, Saudara Hakim dan Saudara Anwar. Akhirnya kerja penanaman anak-anak pokok herba di tapak semaian telah dapat disiapkan dalam masa hanya 1 jam sahaja berkat daripada kesungguhan dan pemuakatan ahli Lujnah HES.



Akhir kata penutup bicara, semoga kehadiran Program Taman Herba Botani 2009 yang dikelolakan oleh Lujnah HES akan membawa lembaran baru kepada Lujnah HES khasnya dan Biro Kerohanian JPP amnya. Projek ini akan menjalani beberapa fasa-fasa utama lagi dan diharapkan semua Lujnah yang bernaung di bawah kepimpinan Biro Kerohanian JPP akan sama-sama berusaha dalam menjayakan program ini. Diharap program ini akan menjadi perintis kepada projek-projek yang lain.



Semoga segala usaha yang telah dilaksanakan dapat memberi manfaat yang berguna kepada Muslimin dan Muslimat di Institut Perguruan Malaysia Kampus Ipoh di dunia mahupun di akhirat. Sekian, terima kasih.

Wassalam...

Masjid, Rumah Allah

Masjid Jamie' Aya Sofia di Istanbul (Turki)

Masjid ini telah dibina oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun (857 Hijrah - 1453 Masehi) di atas tapak bekas bangunan gereja Bizantium yang dibina oleh Maharaja Justinian pada akhir kurun ke 6 Masehi. Masjid ini terkenal dengan kubahnya yang besar dan perhiasannya yang indah serta cantik. Kini masjid ini telah berubah menjadi muzium sejak zaman Mustafa Kamal Ataturk. Selain dari itu, Masjid Jamie' Aya Sofia termasuk di antara bangunan-bangunan yang mempunyai seni ukir tercantik di Istanbul.






Masjid Jamie' Cordoba (Spain)

Masjid ini mula dibina pada zaman Khalifah Umawi yang berasal dari Andalusia iaitu Abdul Rahman ad-Dakhil di bandar Cordoba di Andalusia, negara Islam Spain pada tahun (170 Hijrah - 786 Masehi). Pembinaan masjid ini memakan masa selama lebih kurang dua kurun setengah. Bangunan masjid ini merupakan kemuncak keunggulan seni bina dunia dalam dunia arkitek malah ia juga merupakan sebuah masjid yang terbesar dibina untuk mendirikan sembahyang dalam Islam. Ketika orang ramai menanam pokok bersejarah di halaman masjid ini halaman tersebut dinamakan dengan halaman bersejarah. Masjid ini akhirnya dijadikan sebuah gereja besar ketika bandar Cordoba berjaya ditakluki oleh Spain pada tahun 1236 Masehi. Masjid ini pernah menjadi pusat sumber ilmu pengetahuan di Eropah sejak berkurun-kurun lamanya. Selain dari itu ia juga juga pernah digunakan sebagai pejabat kehakiman di Cordoba. Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan.