Masjid Jamie' Aya Sofia di Istanbul (Turki)
Masjid ini telah dibina oleh Sultan Muhammad al-Fatih pada tahun (857 Hijrah - 1453 Masehi) di atas tapak bekas bangunan gereja Bizantium yang dibina oleh Maharaja Justinian pada akhir kurun ke 6 Masehi. Masjid ini terkenal dengan kubahnya yang besar dan perhiasannya yang indah serta cantik. Kini masjid ini telah berubah menjadi muzium sejak zaman Mustafa Kamal Ataturk. Selain dari itu, Masjid Jamie' Aya Sofia termasuk di antara bangunan-bangunan yang mempunyai seni ukir tercantik di Istanbul.
Masjid Jamie' Cordoba (Spain)
Masjid ini mula dibina pada zaman Khalifah Umawi yang berasal dari Andalusia iaitu Abdul Rahman ad-Dakhil di bandar Cordoba di Andalusia, negara Islam Spain pada tahun (170 Hijrah - 786 Masehi). Pembinaan masjid ini memakan masa selama lebih kurang dua kurun setengah. Bangunan masjid ini merupakan kemuncak keunggulan seni bina dunia dalam dunia arkitek malah ia juga merupakan sebuah masjid yang terbesar dibina untuk mendirikan sembahyang dalam Islam. Ketika orang ramai menanam pokok bersejarah di halaman masjid ini halaman tersebut dinamakan dengan halaman bersejarah. Masjid ini akhirnya dijadikan sebuah gereja besar ketika bandar Cordoba berjaya ditakluki oleh Spain pada tahun 1236 Masehi. Masjid ini pernah menjadi pusat sumber ilmu pengetahuan di Eropah sejak berkurun-kurun lamanya. Selain dari itu ia juga juga pernah digunakan sebagai pejabat kehakiman di Cordoba. Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan.
1 ulasan:
Engkau dan Aku
Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju
Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.
Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan
Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku
Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan
Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.
Catat Ulasan