Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...............
greetings to all...............
bonjour a tous.............
ni hao ma????
salam rindu, salam satu akidah dan salam satu perjuangan....
Melihatkan blog HES yang hampir reput dimamah anai - anai dan penuh sawang ini, dapat dirasakan bahawa blog ini sudah berabad lamanya tidak di 'update'.....mungkin ramai yang telah singgah di blog ini dan ternanti - nanti post terbaru dari kami... seribu kemaafan dipohon atas kekhilafan ini....diharapkan post yang terbaru ini mampu merawat kerinduan di hati para sahabat sekalian.
Apa citer Biro Kerohanian dan Moral sekarang???????
Yang terbaru adalah Program Sempurnakan Kecantikanku, Serlahkan Ketampananmu (yang turut dikenali sebagai SK II) yang baru melabuhkan tirainya dua hari yang lalu. Program yang berlangsung selama sepurnama ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelatih ipg tentang kepentingan MENUTUP AURAT dan MENJAGA ETIKA SEORANG GURU...
Kewajipan menutup aurat telah disebut oleh Allah Ta’ala di dalam al-Quran di beberapa tempat. Antaranya, Allah Ta’ala berfirman :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ
Maksudnya : Katakanlah kepada wanita yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya… (al-Nuur : 31)
Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program ini seperti edaran risalah, Adikku Sayang, Hari Menutup Aurat dan Ceramah Semalu vs Kemuncup...Diharapkan para pelatih dapat menjadikan program SK II ini sebagai anjakan paradigma untuk lebih istiqamah dalam memelihara keperibadian diri...kita buang yang keruh dan ambil yang jernih,ye???
Apabila dibangkitkan perkataan 'istiqamah' ni, tak ramai dari kita yang benar - benar mengamalkannya. Kenapa???? ..x sempat la...byk keje ...Istiqamah ini bukan sahaja untuk assignment, berpersatuan tetapi istiqamah juga dalam amalan seharian...Cuba kita renungkan seketika, dalam sehari berapa lama dihabiskan untuk membaca ayat suci al - Quran jika dibandingkan dengan berfacebook? Tidak perlu secara drastik kita berubah tetapi yang penting BERTERUSAN.... (peringatan untuk sahabat - sahabat dan diri sendiri juga)..
Ulama juga ada menyebutkan :
Ulama juga ada menyebutkan :
أفــضل الأعمــال ادومــها وإن قــل
“Sebaik-baik amalan ialah yang berterusan walaupun sedikit”
Jadi fikir - fikirkanlah......
wassalam...