Selasa, 23 Ogos 2011

Rabu, 27 Julai 2011

Semarak Ramadhan


Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”.

Ihya' Ramadhan 1432 Hijrah


Abu Hurairah menyatakan: Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan"
(hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi)

Khamis, 7 Julai 2011

Professional Talk



Professional Talk
MEMBINA JATI DIRI KE ARAH KECEMERLANGAN
Disampaikan oleh:
Prof. Madya Dr. Jamil bin Hashim
Reaktor Kolej Islam Darul Ridzuan
Jumaat, 8 Julai 2011
8.00 - 9.30 pagi
Dewan Seri Tanjung IPG Kampus Ipoh
Anjuran:
Jabatan Agama Islam dan Moral
Biro Kerohanian dan Moral

Kehadiran pelatih diwajibkan. Bersama menjana professionalisme.

Ahad, 26 Jun 2011

Forum Perbandingan Agama


Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dengan kerjasama Jabatan Pengajian Islam dan Moral dibantu oleh Biro Kerohanian dan Moral Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh akan menganjurkan Forum Perbandingan Agama. Butirannya adalah seperti berikut:

Tarikh: 2 & 3 Julai 2011
Tempat: IPG Kampus Ipoh
Yuran Pendaftaran: RM10

Orang ramai dijemput hadir. Bersama-sama kita menambah ilmu dan pengetahuan.


TENTATIF PROGRAM

SABTU (2 JULAI 2011)

7.30 – 8.30 pg                      :               Pendaftaran peserta
8.30 – 9.00 pg                      :               Taklimat program
9.00 – 10.15 pg                    :               Pembentangan 1
                                                                “ PENTINGNYA ILMU PERBANDINGAN AGAMA”
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
10.15 – 10.30 pg                 :               Rehat/Minum pagi
10.30 – 11.45 pg                 :               Pembentangan  2
                                                                “ SEJARAH PERKEMBANGAN AGAMA KRISTIAN ”
                                                                Disampaikan oleh Mohd Amin bin Yaacob
11.45 – 1.00 ptg                   :               Pembentangan 3
                                                                ASAS-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN ”
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
1.00 – 2.00 ptg                     :               Makan tengahari/Solat Zohor
2.00 – 3.15 ptg                     :               Pembentangan 4
                                                                “ KATOLIK DAN PROTESTANT ”
                                                                Disampaikan oleh : Mohd Amin bin Yaacob
3.15 – 4.15 ptg                     :               Pembentangan 5
                                                                “ KOSMOLOGI ”
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
4.15 – 5.15 ptg                     :               Pembentangan 6
                                                                “ SALAH TANGGAPAN TERHADAP ISLAM “
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon


AHAD ( 3 JULAI 2011)

8.00 – 9.00 pg                      :               Minum pagi
9.00 – 10.30 pg                    :               Pembentangan 7
                                                                “ PERSAMAAN ISLAM DAN KRISTIANITI ”
                                                                Disampaikan oleh : Mohd Amin bin Yaacob
10.30 – 11.45 pg                 :               Pembentangan 8
                                                                “ BIBLE STUDY “
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon & Mohd Amin bin Yaacob
11.45 – 12.45 tgh hari        :               Pembentangan 9
                                                                “ KEMUKJIZATAN AL-QURAN “
                                                                Disampaikan oleh : Lim Jooi Soon
12.45 – 1.15 ptg                   :               SESI SOAL JAWAB
                                                                bersama Lim Jooi Soon & Mohd Amin bin Yaacob
1.15 -  1.45 ptg                     :               Majlis Penutup
                                                                Oleh : Khairul Azhar bin Samsuddin
                                                                Ketua Unit Latihan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
1.45 – 2.00 ptg                     :               Bersurai

Ahad, 19 Jun 2011

~Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum~








Assalamualaikum......
AHLAN WASAHLAN WAMARHABAN BIKUM diucapkan buat adik-adik unit L sesi Jun 2011 yang akan mendaftarkan diri pada hari pada hari ISNIN bersamaan dengan 20 Jun 2011 dalam bumi barakah IPG KAMPUS IPOH..


Semoga adik-adik Unit L dapat menyesuaikan diri sepanjang berada dalam Insitut dan berjaya mengecapi impian dan cita-cita adik di sepanjang menuntut ilmu dalam bumi barakah ini.

Sabtu, 14 Mei 2011

SALAM IMTIHAN...........

Bismillahirrahmanirrahim............


     Perlu faham apa yang dipelajari
       Elak belajar 'last minute'
        Perbaiki niat belajar 
         Elok buat 'study group'
          Ramahkan mulut tanya kalau tidak faham
           Ingat Allah sentiasa di sisi
            Kerap buat latihan 
             Study smart 
              Ayuh, yakin pada diri sendiri!
                Alasan malas tolak ke tepi
                 Nak berjaya, cubalah!!!!!

Selamat menempuh peperiksaan kepada semua penuntut IPIP terutamanya kepada semua ahli lujnah HES. Semoga Allah memudahkan  kita untuk menjawab soalan dan meneguhkan pendirian dalam membuat pilihan....Wallahualam.



Isnin, 9 Mei 2011

IBU, ISTERI & ANAK PEREMPUAN

himpunan 19 hadis Rasullullah S.A.W. mengenai WANITA




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.




6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).




10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.






12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.






16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


                                                                         Bismillahirrahmanirrahim